PENGENALAN
SYARIKAT FF NURI didaftarkan pada Januari 2009. Sebelum ini, syarikat kami dikenali dengan nama NURI FOOD INDUSTRY. Merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputra yang mengeluarkan produk hasilan ikan yang dijamin HALAL,BERSIH DAN BERMUTU seperti bebola ikan (fishball) dan kek ikan (fishcake).Syarikat ini diusahakan oleh Pn.Aminatolnain dan rakan perniagaan Tn. Haji Fadzil Ghazali. Penubuhan syarikat adalah dari modal sendiri dan "grant" dari Kementerian Pertanian Malaysia. Mendapat latihan dengan menghadiri kursus anjuran KKSP, KKBD, FAMA dan Jabatan Perikanan.
Syarikat ini ditubuhkan selepas Puan Aminatolnain mengambil kursus pembuatan hasil ikan anjuran UNIT KURSUS PENDEK, KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN. Sehingga kini kami telah menghasilkan satu lagi produk iaitu nuget ikan.
Kami menggunakan slogan HALAL, BERSIH DAN BERMUTU. Melalui slogan ini dapat menerangkan bahawa kami mementingkan kebersihan dan kesegaran pada produk yang kami hasilkan.
MISI :
Menghasilkan produk keluaran Bumiputra yang berkualiti dan bermutu tinggi.
VISI :
Menjadi Syarikat Bumiputera UTAMA sebagai pengeluar hasil ikan ke seluruh kawasan setempat.
Read more...
